KUALA LUMPUR: Mereka yang semuanya lelaki dikumpulkan sehingga 20 orang dalam sebuah bilik berkaca dipanggil ‘akuarium’ sebagai ‘pameran’ kepada pelanggan.
Golongan lelaki yang bekerja sebagai tukang urut itu hanya menunggu pelanggan lelaki yang ada keinginan ke atas kaum sejenis sebelum menawarkan khidmat urut.
Bukan sekadar urutan biasa yang merangkumi urut batin, tapi tukang urut songsang itu sanggup dijadikan bahan pemuas nafsu pelanggan asalkan bayarannya sesuai.
Lebih mengejutkan, sebahagian daripada tukang urut yang dilonggokkan dalam akuarium itu adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
Siang mereka ke kuliah seperti penuntut lain, tapi malam pula menukar identiti menjadi tukang urut dan pemuas nafsu kaum sejenis.
Meskipun bekerja separuh masa, siswa terbabit mampu memperoleh pendapatan antara RM100 ke RM150 sejam.
Malah, jika pandai ‘melayan’ pelanggan, hubungan itu bukan sekadar di rumah urut tetapi boleh berlanjutan hingga ke luar, cukup untuk membolehkan mereka hidup mewah.
Zini, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengajian Perniagaan sebuah universiti tempatan yang terbabit dalam kegiatan itu berkata, khidmat urut disediakannya khusus untuk lelaki homoseksual atau gay.
“Bayaran untuk urut biasa cuma RM50 sejam dan separuh daripadanya perlu diberi pada majikan, tapi selalunya pelanggan yang datang mahukan pakej ekstra yang cajnya antara RM100 hingga RM300 yang sepenuhnya jadi milik kami.
“Sehari bekerja dari jam 7 malam hingga 12 malam, saya boleh dapat tiga hingga lima pelanggan. Bermakna untuk sehari bekerja, saja saya boleh dapat antara RM200 hingga RM300,” katanya yang menjadi tukang urut sejak tiga bulan lalu.
Zini berkata, pembabitan siswa gay sebagai tukang urut sambilan untuk mencari kemewahan dan memuaskan nafsu songsang mereka bukan perkara baru. Berikut temu bual wartawan Metro Ahad (MA) bersama Zini:
SOALAN (S): Selama bekerja di sini, ramai tak kenalan yang belajar di IPT bekerja sebagai tukang urut?
JAWAPAN (J): Di rumah urut ini, saya dan seorang lagi rakan dari sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kami berdua jadi tukang urut sambilan saja. Sebelum ini ada seorang lagi, tetapi sudah habis belajar.
Tempat lain ada dan ramai, tetapi saya tak tahu jumlahnya. Perkara ni (penuntut IPT gay jadi tukang urut) sudah lama, malah senior saya terbabit sejak beberapa tahun dulu.
S: Bagaimana nak kenal pasti seseorang tukang urut itu penuntut IPT?
J: Memang sukar kerana identiti kita tak didedahkan. Cuma apabila pelanggan bertanya, kita jawab. Kadangkala kami berusaha menyorokkan identiti kerana ramai juga buat kerja ini separuh masa tetapi di kalangan kita, kami memang tahu antara satu sama lain.
S: Tak ganggu pengajian ke buat kerja sambilan ni?
J: Tak… siang saya pergi kelas macam biasa, malam baru ke sini. Lagipun saya tak datang selalu, cuma bila kekurangan wang saja. Lagipun, di sini saya tak terikat dengan sesiapa dan boleh datang bila perlu.
S: Berapa kali dalam seminggu bekerja di sini?
J: Sekali, dua atau tiga kali bergantung keadaan. Kalau ada pelanggan ‘on call’, saya tak datang ke sini, tetapi terus jumpa mereka di luar. Pelanggan seperti ini bayarannya lagi lumayan. Malah, saya juga diajak membeli-belah dan mereka membeli pelbagai barangan untuk saya seperti telefon bimbit dan pakaian.
S: Zini buat kerja ini untuk dapatkan duit bagi menampung kos pengajian atau kerana ingin puaskan nafsu homoseksual?
J: Kedua-duanya. Hidup di Kuala Lumpur mesti berduit. Apatah lagi, pelajar seperti saya, memang perlu duit untuk beli buku, buat tugasan dan perbelanjaan harian. Selain itu, nak juga ‘enjoy’ seperti rakan (gay) lain.
S: Seronok…?
J: Tentu sekali, saya dapat jumpa orang yang ‘sejenis’ dengan saya dan dapat ramai kenalan, termasuk lelaki berwajah kacak dan sasa.
S: Macam mana Zini boleh dapat kerja di sini?
J: Saya tahu daripada kawan yang pernah kerja di sini. Dia senior di universiti sama. Dulu pun dia kerja sambilan. Kata senior itu, kerja ni tak susah, boleh dapat duit banyak dalam masa singkat.
S: Berapa pendapatan Zini sehari?
J: Tak tentu… bergantung pada jumlah pelanggan. Setiap orang yang datang berurut akan bayar RM50. Saya dapat komisen RM25.
Jika dapat empat pelanggan, saya dapat RM100 tapi kalau ramai nak ‘pakej ekstra’, lagi banyak saya dapat, boleh mencecah sehingga RM300. Namun bukan selalu dapat banyak itu.
S: Secara purata berapa pelanggan sehari?
J: Antara dua hingga lima orang. Waktu kerja tak lama, dari jam 7 malam hingga 12 malam. Paling lewat sehingga jam 2 pagi. Kalau ikutkan, komisen mengurut tak cukup. Kalau nak duit lebih selalunya kena dapatkan ‘pakej ekstra’.
S: Apa dimaksudkan dengan ‘pakej ekstra’?
J: Pelanggan biasanya datang sini bukan nak berurut saja, ada nak ‘pakej ekstra’. Kalau nak minta saya urut sambil berbogel, perlu bayar RM50.
Ada juga nak pakej ‘body to body’ atau urut sambil bersentuhan badan. Untuk itu pelanggan perlu tambah lagi RM50.
S: Kalau nak lebih daripada itu, bagaimana?
J: Lagi bagus, saya boleh caj lebih! Nak ajak keluar pun boleh, tapi runding harga dulu. Saya boleh caj sehingga RM300. Setakat ajak keluar saja RM150 untuk tempoh beberapa jam.
S: Tak takut dosa dan hukum Allah?
J: Saya pernah terfikir juga, kita orang Islam tetapi bila difikir semula, saya masih muda dan perlu ‘enjoy’ sepuas-puasnya.
Lagipun, kehidupan hari ni memerlukan duit dalam segala hal. Siapa tak nak duit dengan kerja senang begini!
* astaghfirullahala’zim… nauzubillahiminzalik…
* source r from here!